in

Urban Empire: Simulasi Membina Empayar Moden Dan Kekal Berkuasa!

Asyik tengok drama dalam TV pasal politik yang licik, kali ini masanya untuk berpolitik dalam game simulasi Urban Empire pula!

Urban-Empire-01Game ini masih dalam pembinaan dan berada dalam fasa alpha. Namun begitu, Urban Empire mempunyai konsep yang sangat menarik. Ia akan membawa pemain dalam mengawal bandar dan cipta dinasti korang sendiri.

Bina infrastruktur, rancang pembandaran, buat debat politik, rasuah atau peras ugut individu yang menentang, lakukan kerajaan demokrasi atau berkuasa dengan kuku besi – semuanya dalam pilihan korang!

Urban-Empire-02Urban Empire akan mengetengahkan simulasi dunia politik dan pada waktu yang sama ia turut mengetengahkan simulasi pembinaan bandar seperti Cities: Skylines dan SimCity.

Urban Empire bakal dikeluarkan pada lewat tahun ini di Steam.

Urban-Empire-03

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rocket League & Dying Light Bekerjasama Untuk DLC Di Kedua-dua Game!

Back to Dinosaur Island Part 2: Pengembaraan Bersama Dinosaur Oleh Crytek