Belum sempat kita hadam tentang dua edisi konsol generasi seterusnya daripada Microsoft, muncul pula satu lagi edisi yang entah sahih ataupun tidak masih belum dapat dipastikan.
Xbox Series V pula kini telah muncul. Melalui satu tweet yang dinaikkan @IdleSloth84, ia mengatakan bahawa Series V merupakan konsol yang mempunyai spesifikasi pertengahan antara Series X dengan Series S. Laporan ini turut mengatakan yang Series V menggunakan namakod ‘Project Edinburg’.
Tweet ini juga telah memuat-naik satu gambar dari luar skrin yang memperlihatkan rekabentuk konsol Series V. Daripada saiz yang kelihatan lebih kecil berbanding Seres X, Series V turut dikhabarkan tidak mempunyai disk drive, dalam kata lain, sebuah konsol yang memainkan game secara digital sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, seperti biasa, laporan ini masih lagi dalam status khabar angin dan sumber ini juga tidaklah begitu kuat. Baca boleh, namun jangan terlalu percaya.
Terima kasih, GamesRadar.
Comments
Loading…