in , , , , ,

Update Metal Gear Solid V: The Phantom Pain Bagi Korang Main Sebagai Quiet, Sang Sniper Seksi!

Snipe lah puas-puas! Penulis masih tak boleh move on dari scene mandi Quiet. Pandai Kojima bagi plot twist kenapa perlunya ada scene ini. (Rujuk artikel di bawah.)

Update terbaru Metal Gear Solid V: The Phantom Pain menjadikan game stealth ini sebuah game sniping!

Dalam update tersebut, beberapa pembaharuan telah dibawakan seperti mode online multiplayer baru, misi FOB dan juga kebolehan bermain sebagai Quiet, partner sang sniper seksi yang menjadi rakan korang dalam memainkan game ini.

JomBaca: Gadis Gaming: Stefanie Joosten, Gadis Belanda Inspirasi Kojima!

Bermain sebagai Quiet pastinya memberikan pengalaman berbeza kerana skill-skill yang ada padanya seperti gerakan laju, teknik samaran apabila berdiam diri, serta kebolehan menembak dari jarak jauh. Kebolehan bernafas melalui kulit basah lembap yang membawa kepada scene shower Quiet itu kitorang anggap aje fakta sci-fi ala Kojima yang kita semua kena telan begitu aje. Hehe

Update ini kini boleh didapati bagi Metal Gear Solid V: The Phantom Pain di platform PS4, Windows PC dan Xbox One.

JomBaca: Metal Gear Solid 5: The Phantom Pain: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Satu Lagi Game Battle Royale Akan Ke Konsol, Closed Beta Realm Royale Diumumkan Untuk PS4/Xbox One, Ini Cara Untuk Mendaftar

Kenapa Pro Evolution Soccer Makin Popular Dalam Arena Esports Bola Sepak Antarabangsa?