in ,

Upacara Pembukaan Olimpik Tokyo 2020 Dipenuhi Dengan Muzik Dari Video Game, Anime

Setelah ditunda selama setahun, temasya sukan terbesar dunia, Olimpik Tokyo 2020 akhirnya dibuka secara rasminya, walaupun negara Jepun masih teruk dibadai pandemik COVID-19.

Seperti kebiasaan, upacara pembukaan dirai dengan penuh gilang-gemilang. Upacara tersebut bukan sahaja menarik perhatian peminat sukan seluruh dunia, malah lebih buat para peminat video game dan anime.

Hal ini kerana, Jepun sebagai sebuah negara yang cukup popular dengan video game dan anime, telah menggunakan muzik-muzik dari industri itu bagi memeriahkan upacara pembukaan tersebut.

Tentunya, muzik-muzik yang dipilih adalah dari video game dan anime yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat Jepun.

Ketika kontinjen Malaysia masuk, muzik dari Final Fantasy, iaitu Victory Fanfare, kemudian disambung pula dengan muzik dari Kingdom Hearts (terima kasih SunSan).

Di bawah adalah senarai penuhnya (via Polygon):

  • Dragon Quest: “Roto’s Theme”
  • Final Fantasy: “Victory Fanfare”
  • Siri Tales: “Sorey’s Theme – The Shepherd”
  • Siri Monster Hunter: “Proof of a Hero”
  • Kingdom Hearts: “Olympus Coliseum”
  • Chrono Trigger: “Frog’s Theme”
  • Ace Combat: “First Flight”
  • Siri Tales: “Royal Capital Majestic Grandeur”
  • Monster Hunter: “Wind of Departure”
  • Chrono Trigger: “Robo’s Theme”
  • Sonic the Hedgehog: “Star Light Zone”
  • Pro Evolution Soccer: “eFootball Walk-on Theme”
  • Final Fantasy: “Main Theme”
  • Phantasy Star Universe: “Guardians”
  • Kingdom Hearts: “Hero’s Fanfare”
  • Gradius: “01 Act I-1”
  • Nier: “Song of the Ancients”
  • Siri SaGa: “The Minstrel’s Refrain: SaGa Series Medley 2016”
  • Soulcalibur: “The Brave New Stage of History”
https://twitter.com/scottygb/status/1418536990983827465?s=20

Korang perasan tak muzik-muzik ini semasa tontonnya secara langsung?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Genshin Impact x Horizon Zero Dawn – Aloy Masuk Ke Dunia Teyvat

Animasi PUBG Sedang Dibikin Oleh Penerbit Animasi Castlevania, Adi Shankar