Menu
in , , ,

Untuk Kesekian Kalinya, Ubisoft Tunda Lagi Pelancaran Skull & Bones, Turut Batalkan 3 Lagi Game

Untuk kesekian kalinya, Ubisoft sekali lagi telah menunda tarikh pelancaran game kapal lanun mereka, iaitu Skull & Bones.

Ketika ini, kita mungkin sudah tidak mampu mengira lagi, berapa kalikah game tersebut sudah ditangguhkan pelancarannya.

Sebelum ini, Ubisoft menjadualkan Skull & Bones untuk dilancarkan pada 9 Mac 2023. Walau bagaimanapun, melalui satu kenyataan terbaharu yang dikeluarkan, tiada tarikh pelancaran baharu didedahkan, sebaliknya hanya menyatakan akan keluar pada “awal 2023-24”.

Alasan yang diberikan adalah “untuk mempunyai lebih masa bagi memperlihatkan pengalaman yang lebih digilap dan seimbang dan untuk membina kesedaran”.

Selain itu, Ubisoft turut mengumumkan yang mereka telah membatalkan tiga buah game yang sedang berada dalam pembangunan. Disebabkan ketiga-tiga game ini belum didedahkan secara umum, mereka tidak menyebutkan apakah game tersebut.

Alasan yang diberikan untuk pembatalan tiga game ini adalah “memastikan semua tenaga kami difokuskan terhadap pembinaan jenama-jenama kami dan live service untuk menjadi antara yang paling berkuasa dalam industri”. Ayat mudahnya, Ubisoft membatalkan tiga game ini untuk fokus kepada projek-projek sedia ada lain.

Bila sebenarnya kita akan akhirnya melihat Skull & Bones dilancarkan? Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version