in ,

Untuk Ambil Game Percuma Di Epic Games Store Kini Memerlukan Pengesahan Dwi-Factor

Platform gaming PC yang semakin meningkat naik, Epic Games Store kini telah memperkenalkan pengesahan dwi-faktor untuk setiap pengguna.

Bermula kini, bagi yang belum menghidupkan pengesahan dwi-faktor dalam akaun, mereka akan diminta untuk menghidupkannya apabila ingin menebus game-game percuma yang diberikan Epic Games. Bagi yang sudah menghidupkannya, tiada lagi pop-up tambahan apabila ingin mengambil game tersebut.

Seperti yang kita tahu, pengenalan pengesahan dwi-faktor ini adalah untuk melindungi akaun para pengguna daripada akses yang tidak disahkan, serta menambah tahap keselamatan tambahan kepada akaun setiap kali apabila log masuk.

Untuk yang tidak tahu, sejak Epic Games Store dilancarkan, mereka sentiasa memberikan pelbagai game percuma untuk dimainkan pengguna di platform tersebut. Semasa artikel ini ditulis, game percuma yang ditawarkan ialah For The King, dan akan ada satu atau dua game baharu percuma pada setiap minggu.

Korang boleh layari Epic Games Store untuk dapatkan game-game ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield Seterusnya Disahkan Bakal Tiba Pada Tahun 2021 Untuk PS5 Dan Xbox Series X

Assassin's Creed Valhalla Diumumkan Secara Rasmi, Tema Vikings, Trailer Dikeluarkan Pada Malam Ini

Assassin’s Creed Valhalla Diumumkan Secara Rasmi, Tema Vikings, Trailer Dikeluarkan Pada Malam Ini