in , ,

Until We Die: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Mulakan, bina penempatan, benteng pertahanan dan terus bertahan sehingga ke akhir hayat. Itulah cabaran yang bakal dihadapi oleh pemain dalam game Until We Die.

Until We Die merupakan sebuah game bergenre base defense strategy shooter yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Pixeye Games untuk platform PC dan Nintendo Switch. Dalam game ini, pemain akan cuba untuk bertahan selama mana yang mungkin dari hari ke hari daripada ancaman raksasa mutan yang mengganas di kawasan kereta api bawah tanah metro.

Cerita

Plot Until We Die bermula apabila sebuah meteor besar yang terhempas di negara Rusia telah menyebabkan terhasilnya raksasa mutan yang mula menguasai dan menyerang manusia. Populasi manusia pula terpaksa berpindah ke kawasan metro di bawah tanah untuk membina penempatan baharu.

Bagi penulis, jalan cerita Until We Die hanyalah ringkas dan mudah difahami untuk menggerakkan pemain terus kepada gameplay. Namun, pemain boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai informasi di dunia luar menerusi teks-teks yang boleh di-unlock semasa bermain.

Gameplay

Gameplay dimulakan dengan pemilihan 2 karakter, Ivan dan Anna. Setiap dari mereka ada kelebihan masing-masing seperti mempunyai kekuatan lebih semasa menembak dan boleh pulihkan nyawa semasa mengutip barang. Ada 3 difficulty disediakan iaitu normal, seasoned dan nightmare. Setiap satunya akan mengurangkan kelebihan-kelebihan yang diberikan kepada pemain.

Kemudian pemain akan dihantar ke kawasan bawah tanah metro. Di sinilah pemain akan mula membina penempatan dan benteng pertahanan. Objektif utama pemain adalah untuk bertahan selama 30 hari daripada serangan raksasa mutan yang selalu menyerang apabila malam menjelma. Halang raksasa daripada musnahkan generator kuasa, jika gagal pemain perlu ulang semula dari hari pertama.

Namun pada waktu siang, pemain boleh mencari dan mengutip segala bahan-bahan penting seperti scrap metal dan food. Scrap metal digunakan untuk membina binaan penting seperti kubu, khemah, khemah unit dan sebagainya. Manakala food digunakan untuk diberikan kepada merchant dan membina unggun api untuk tujuan pemulihan nyawa.

Semestinya, pemain tidak keseorangan dalam misi ini. Setiap hari merchant akan menghantar orang baru untuk membantu pemain sama ada menjaga kubu pertahanan atau mengikut pemain mencari bahan-bahan penting. Jumlah penduduk boleh ditambah apabila pemain membina khemah.

Pemain boleh bergerak ke kiri dan kanan serta berlari. Pemain juga boleh membawa seberapa ramai orang bawahan. Terdapat juga 2 kelebihan khas yang boleh digunakan oleh pemain semasa berlawan seperti menggunakan perisai atau menggunakan grenad.

Selain membina benteng pertahanan dan khemah. Pemain juga perlu membina khemah unit. Setiap orang baru yang sampai boleh ditukar kepada unit-unit lain dari unit biasa, unit jurutera, unit infrantri, unit sniper dan banyak lagi. Setiap satu darinya mempunyai tugas tersendiri.

Unit jurutera bertindak untuk melakukan penyelidikan teknologi, menguatkan lagi dan memulihkan benteng pertahanan serta menghidupkan generator. Unit infantri pula bertindak sebagai penjaga dengan menggunakan senjata api. Manakala unit biasa pula bertindak sebagai mencari dan mengutip bahan-bahan penting.

Pemain akan membina bangunan-bangunan baru dari kawasan kiri dan kanan metro. Dalam masa yang sama perlu membuka kawasan baru yang dihuni oleh raksasa demi meluaskan lagi penempatan dan pertahanan. Ini kerana lebih lama pemain dapat bertahan, raksasa mutan yang baharu dan kuat akan muncul.

Jika pemain dapat bertahan lebih lama, pemain akan diberi pilihan 2 perks yang dapat memberi kelebihan kepada pemain. Perks ini boleh memberikan pemain sama ada tambahan orang baru, unit biasa dapat berkerja dengan lebih pantas atau memberi lebih banyak scrap metal.

Scrap metal amatlah penting dalam game ini kerana jika pemain hilang satu kubu pertahanan, kubu yang telah musnah itu akan perlu dibina semula dengan menggunakan scrap metal. Adakalanya, pemain akan kekurangan scrap metal jika pemain cuai membiarkan kubu diserang raksasa. Bukan itu sahaja, binaan seperti khemah juga akan musnah jika pemain gagal bertahan. Dan setiap binaan memerlukan jumlah scrap metal yang berbeza.

Apabila tiba waktu malam, pemain akan berhadapan dengan serangan raksasa mutan dari arah kiri atau kanan. Teks yang memberi amaran kepada pemain dari mana arah musuh datang tidak memberikan ia sebagai petanda amaran kepada pemain untuk bertindak cepat. Sebaliknya, pemain bertindak lambat kerana diganggu oleh kotak teks yang besar.

Ketiadaan mini map semasa ekspedisi dan untuk mengetahui dari mana arah musuh datang juga menyukarkan pemain dalam game ini. Pemain hanya akan tahu keadaan menjadi kritikal apabila kubu pertahanan menjadi dari warna kuning kepada merah dan pada masa itu pemain sudah terlambat untuk menyelamatkan kubu tersebut kerana pemain sedang sibuk menjaga kubu lain.

Menjaga setiap perimeter juga boleh menjadi sukar di awal permainan apabila pemain belum mendapat unit infranti. Ini kerana berlari memakan stamina, dan untuk menjaga perimeter yang semakin luas boleh menyukarkan kerja pemain. Penulis mengharapkan pembangun menambah perk seperti menambah stamina kepada larian pemain.

Semasa pemain bersama unit-unit lain, karakter pemain akan bertindih dengan karakter-karakter lain. Ini menyukarkan pemain untuk melihat nyawa pemain yang hanya dapat dikesan melalui perubahan warna karakter yang bertukar merah. Pembangun mungkin boleh menambah bar nyawa untuk memudahkan pemain melihat nyawa karakter.

Kadangkala juga penulis berhadapan dengan masalah serangan yang dilontarkan kepada pemain. Ada masanya pemain akan mati dengan cepat dan ada masanya tidak. Penulis dapati ada ketidakseimbangan dari segi damage output kepada pemain.

Walaupun terdapat beberapa isu kecil, namun game ini masih memberikan cabaran kepada pemain dari segi bagaimana untuk mengawal sumber tenaga, orang-orang bawahan dan juga menghadapi ancaman serangan raksasa mutan. Pembangun juga akan mengeluarkan unit dan peta baharu menerusi kemaskini di masa depan.

Grafik

Until We Die menggunakan grafik pixel 2D seperti siri game Metal Slug. Setiap pergerakan karakter menarik dan lancar. Efek letupan dan cahaya dari senjata api juga nampak jelas. Malah rekaan raksasa mutan juga nampak menggerunkan cuma tidak mempunyai pelbagai jenis. Rekaan kawasan di sekitar metro nampak cantik, menakutkan dan menjijikkan.

Muzik dan bunyi

Bagi penulis, muzik dalam game ini hanya biasa-biasa sahaja tapi masih mampu melahirkan rasa suspen dan aksi kepada pemain. Namun, efek bunyi seperti tembakan dan letupan sememangnya kuat dan memberi kesan. Bunyi dari raksasa pula hanya generik.

Jika korang berminat untuk bermain game Until We Die. Korang boleh dapatkannya di Steam.

Keputusan – Boleh Beli or Boleh Blah?

Until We Die sememangnya memberikan cabaran kepada pemain dari segi bagaimana untuk menguruskan sumber seperti scrap metal dan food untuk membina penempatan, kubu pertahanan dan binaan lain. Orang-orang bawahan pemain juga perlu dijaga supaya mereka tidak mati di tangan raksasa mutan. Semua itu dapat dihalang dengan memberikan kelengkapan canggih dan kubu pertahanan yang kuat kepada mereka.

Grafik pixel 2D yang seperti Metal Slug memang nampak menarik dan cantik untuk dilihat. Walaupun terdapat beberapa isu kecil seperti tiada mini map dan masalah stamina larian. Tapi itu tidak dapat menghalang korang daripada bermain game ini. Adakah korang sudah bersedia untuk bertahan selama 30 hari?

+ Gameplay yang mencabar
+ Grafik pixel 2D yang cantik
+ Efek bunyi yang baik

– Tiada mini map
– Muzik yang biasa
– Masalah stamina larian
– Ketidakseimbangan dari segi damage output

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Hideo Kojima Berikan Komen Tentang Genre Battle Royale: "Cara Paling Senang Buat Duit"

Selepas Mendengar Khabar Kerjasama Kojima-Xbox, Ada Peminat PlayStation Buat Petisyen Mohon Batalkan

Apex Legends Mainkan Plot Twist Dalam Memperkenalkan Legend Baru Untuk Season 4

Apex Legends Digodam Oleh Penggodam Yang Tak Puas Hati Titanfall Digodam