in ,

Unknown 9: Awakening: Game Pertama Dari Reflector Entertainment

Reflector Entertainment telah mendedahkan teaser trailer game pertama mereka iaitu Unknown 9: Awakening semasa di Gamescom Opening Night Live.

Game ini merupakan game third-person action-adventure yang memfokuskan kepada naratif yang merangkumi dunia Unknown 9 Storyworld.

Pemain akan bermain sebagai Haroona yang tinggal di Kolkata, India. Dia mempunyai kuasa Fold dan selalu dihantui oleh mimpi tentang kematiannya. Dengan kuasa itu, Haroona mampu untuk memanipulasi sesuatu yang tidak boleh dilihat oleh manusia biasa. Dengan bantuan mentornya, dia mampu untuk masuk ke dimensi misteri yang dikenali sebagai The Fold.

Dunia Unknown 9 lebih luas dengan menampilkan produk dari pelbagai jenis media yang mempunyai cerita-cerita dan karakter-karakter dari pelbagai sudut dalam Storyworld. Ini termasuklah penulis novel thriller misteri iaitu Layton Green yang menghasilkan Unknown 9: Genesis, podcast yang dipanggil sebagai Unknown 9: Out of Sight, buku komik Unknown 9: Torment. Ke semua produk ini membolehkan peminat mendalami dunia Unknown 9 dengan lebih terperinci.

Unknown 9: Awakening dijangka akan dikeluarkan pada tahun 2021.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Auto Draft

Tonton Trailer Mafia Definitive Edition Yang Memaparkan Tommy Menyertai Keluarga Mafia Salieri

Tonton Gameplay Selama 7 Minit Ratchet And Clank: Rift Apart Untuk PS5

Tonton Gameplay Selama 7 Minit Ratchet And Clank: Rift Apart Untuk PS5