Universal telah mengumumkan game mobile Jurassic World yang mengikut gaya seperti Pokemon GO iaitu Jurassic World Alive yang akan hadir ke iOS dan Android.
Jurassic World Alive akan membenarkan pemain untuk membina koleksi dinosaur, mencipta dinosaur sendiri dengan menggunakan DNA hibrid dan gunakan dinosaur pemain untuk berlawan dengan pemain-pemain lain.
Jurassic World Alive juga menggunakan gaya sebagai map-based collect-’em-up seperti Pokemon Go. Tapi terdapat satu perbezaan iaitu pemain tidak semestinya perlu meninggalkan rumah untuk menangkap dinosaur.
“Sememangnya terdapat elemen penemuan, tapi kami mahu membuatnya lebih fleksibel dan juga memberikan kamu sesuatu untuk dilakukan di rumah,” kata Chris Heatherly, Eksekutif Universal VP.
https://twitter.com/JWorldAlive/status/971180074245545984
Jurassic World Alive sedang dihasilkan oleh Ludia, studio yang berada di Montreal. Sebelum ini studio itu telah menghasilkan Jurassic Park Builder pada tahun 2012 dan Jurassic World: The Game pada tahun 2015.
Game ini akan mempunyai lebih dari 100 dinosaur pada pelancarannya nanti dengan akan menambah lebih banyak dinosaur pada kemaskini akan datang.
Comments
Loading…