in

United Kingdom Akan Buka Muzium Kekal Khas Untuk Video Game Pada November Ini

Tidak lama lagi, para gamers di United Kingdom bukan saja boleh dapatkan info-info tentang video game melalui laman-laman web rasmi, laman-laman wiki atau Reddit, kerana selepas ini mereka mampu menambah pengetahuan tentang gaming di muzium juga.

Pada 24 November 2018 nanti, sebuah muzium kekal yang diberikan nama National Videogame Museum (NVM) akan dibuka kepada orang ramai. Terletak di Sheffield, muzium ini dikatakan akan menampilkan pameran berinovatif yang memaparkan studio, game-game mereka dan bagaimana ia dibangunkan. Selain itu, ia juga akan menganjurkan beberapa festival budaya dan pameran unik membawa dari kelahiran industri dan seterusnya serta beberapa game yang sedang dalam pembangunan.

Muzium ini juga nanti menyediakan beberapa konsol dan arcade machine yang boleh dimainkan pengunjung.

Pihak NVM kini dilaporkan sedang dalam perbincangan dengan beberapa penerbit dan pembangun video game untuk mempamerkan hasil kerja mereka di muzium tersebut, jadi kita masih perlu menunggu apakah game-game dan sejarah yang akan diceritakan di situ.

Di UK sebelum ini, terdapat beberapa pamera tentang video game yang diadakan, namun ia hanya bersifat sementara yang berpindah-pindah dari satu lokasi-lokasi seperti Videogames: Design/Play/Disrupt dan National Videogame Arcade, sekadar menyebutkan beberapa. Maka, pembukaan NVM sebagai muzium kekal ini sememangnya satu langkah baru ke hadapan yang sangat positif untuk industri ini di UK khususnya, dan untuk seluruh dunia secara amnya.

Akan datang, kalau korang pergi bercuti ke UK, selain pergi ke Stonehenge, Buckingham Palace dan stadium-stadium bola sepak, masukkan sekali National Videogame Museum dalam senarai sebagai lokasi wajib untuk dilawati.

Sumber: Eurogamer

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saiz Fail Untuk Battlefield V Di Xbox One Telah Didedahkan, Tidaklah Terlalu Besar

Rancangan Free-To-Play Untuk Fortnite: Save the World Ditunda, Tidak Akan Dilancarkan Pada Tahun Ini