in

Unifi Basic Kini Dibuka Untuk Semua Lapisan Masyarakat, Bukan Terhad Lagi Kepada Pendapatan Bawah RM4,500

Bulan lalu, Telekom Malaysia (TM) telah mengumumkan satu pelan baru yang berharga rendah, dikenali sebagai Unifi Basic.

Unifi Basic ini akan menawarkan kelajuan 30Mbps berserta 60GB kuota, dengan harga serendah RM79 sebulan. Pada mulanya, TM mensasarkan pelan ini hanya untuk isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4,500 — yang mana semasa pendaftaran, pemohon perlu mengemukakan slip gaji, surat sokongan daripada pihak berkuasa atau surat penerimaan BR1M.

Terbaru, TM telah mengumumkan sesuatu yang pasti akan menggembirakan ramai. Pelan Unifi Basic ini kini dibuka kepada semua lapisan masyarakat dan tidak lagi terhad kepada isi rumah berpendapatan kurang daripada RM4,500.

Dengan membuka pelan ini kepada semua bermula 1 September nanti, bermakna, surat-surat sokongan seperti yang dinyatakan sebelum ini tidak lagi diperlukan untuk mendaftar.

TM sebelum ini turut mengesahkan yang selepas kuota 60GB itu habis, kelajuan akan dikurangkan kepada 128kbps, dan pelanggan perlu membuat pembelian tambahan (top-up) jika ingin mendapatkan kelajuan asal semula, kalau tidak mahu menunggu kelajuannya akan di-reset pada setiap 1 haribulan.

Apa aktiviti yang korang boleh lakukan dengan 60GB kuota juga ada TM senaraikan. Boleh bacanya di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Shadows: Awakening Berikan Anda Kawal 14 Karakter Dengan Kuasa Unik Tersendiri Dalam Game Action RPG

Gameplay Pertama Cyberpunk 2077 Cipta Rekod Baru Di Twitch, Atasi Fortnite Dan God of War