in , , ,

Uncharted: Legacy of Thieves Collection Akan Dilancarkan Bulan Depan Untuk PS5, Harga RM209

Sony telah mengumumkan yang Uncharted: Legacy of Thieves Collection akan dilancarkan pada 28 Januari 2022 untuk PS5.

Harganya juga telah didedahkan, iaitu RM209.

Untuk pemain yang memiliki salah satu (atau lebih) daripada Uncharted 4: A Thief’s End, Uncharted: The Lost Legacy — digital atau disk — atau Uncharted 4: A Thief’s End & Uncharted: The Lost Legacy Digital Bundle, berpeluang untuk menaiktaraf ke Uncharted: Legacy of Thieves Collection (digital) dengan harga hanya RM40.

Walau bagaimanapun, untuk pemain yang memiliki Uncharted 4: A Thief’s End yang disedut melalui langganan PlayStation Plus, tidak layak untuk naik taraf tersebut.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, game koleksi ini akan dilancarkan ke PC pada satu tarikh terkemudian selepas pelancarannya ke PS5 terlebih dulu. Tarikh pelancaran ke PC masih belum diumumkan.

Dalam kenyataan di PlayStation Blog, Sony telah mendedahkan beberapa ciri baharu yang ditampilkan ke dalam game ini. Antaranya ialah pilihan grafik/resolusi, waktu loading lebih pantas, audio 3D, dan haptic feedback serta adaptive triggers untuk controller DualSense.

Untuk grafik dan resolusi, terdapat tiga pilihan iaitu Fidelity Mode (4K, 30fps), Performance Mode (60fps), dan Performance+ Mode (1080p, 120fps).

Selain itu, Sony juga telah mengesahkan ura-ura sebelum ini iaitu online multiplayer yang ada dalam Uncharted 4 tidak akan dimasukkan ke dalam Legacy of Thieves Collection.

Uncharted: Legacy of Thieves Collection meggabungkan dua game Uncharted yang asalnya dilancarkan untuk PS4, iaitu Uncharted 4: A Thief’s End (2016) dan Uncharted: The Lost Legacy (2017) versi remastered dalam satu game koleksi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Matrix Awakens Diumumkan, Satu Pengalaman Dalam Unreal Engine 5 Untuk PS5/Xbox Series, Pra-Muat-Turun Sekarang

The Last of Us HBO: Nick Offerman Ganti Con O’Neill Sebagai Bill