in , ,

Uncharted Baru, Ghost of Tsushima 2 Mungkin Dah Mula Diacah Oleh Sony

Sony telah mengeluarkan sebuah iklan live-action terbaharu untuk mempromosikan PS5. Dalam video ini, terdapat bermacam game yang ditampilkan dalam bentuk live-action.

Ada game yang secara jelasnya dipromosikan dalam video ini seperti Horizon Forbidden West, God of War Ragnarok, Marvel’s Spider-Man 2 dan lain-lain. Namun, ada juga game-game lain diacah secara samar.

Antara game misteri yang mendapat perhatian ramai peminat adalah kemungkinan sebuah game Uncharted baharu dan sekuel Ghost of Tsushima.

Pada sekitar minit 0:43, kita dapat lihat semacam babak dari dunia Ghost of Tsushima, yang mana Sony mungkin sedang mengacah sekuelnya, atau mungkin juga sedang mempromosikan Ghost of Tsushima: Director’s Cut yang dilancarkan untuk PS5 pada 2021.

Apa yang lebih menarik adalah Sony memaparkan beberapa babak dari game yang kelihatan seakan Uncharted baharu. Kita dapat lihat seorang perempuan memegang bobor seolah-olah sedang mencari harta karun.

Beberapa babak ini seolah-olah mengesahkan beberapa khabar angin yang bertiup kencang sebelum ini. Terdapat laporan yang mengatakan Sony sedang membangunkan sebuah reboot untuk siri Uncharted, yang dikatakan sedang dibangunkan oleh studio bukan Naughty Dog.

Ura-ura ini dikuatkan lagi dengan pengesahan daripada Naughty Dog beberapa hari lalu dengan menyatakan mereka sudah “move on” daripada siri Uncharted.

(Spoiler dari Uncharted 4: A Thief’s End di bawah)

Para peminat sudah mula berspekulasi tentang babak “Uncharted” ini. Ramai yang merasakan karakter perempuan tersebut adalah anak Nathan Drake dan Elena, iaitu Cassie yang sudah dewasa. Lebih-lebih lagi apabila Cassie berambut perang, sama seperti perempuan dalam video iklan tersebut.

Jadi, apa pendapat korang? Adakah Sony sedang mengacah sekuel Ghost of Tsushima dan Uncharted baharu dalam video iklan ini?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Naughty Dog Dah “Move On” Daripada Uncharted, Kata Neil Druckmann

Oddballers: Boleh Beli or Boleh Blah!?