Setiap yang bermula, pasti akan berakhir. Begitu juga dengan kisah panjang siri Uncharted – dan pengakhirannya penuh dengan emosi.
Dalam video episod terakhir siri “The Making Of” Uncharted 4 (video di atas), para developers Naughty Dog berkongsi bagaimana mereka mengakhiri perjalanan dan pengalaman mereka dalam siri Uncharted dengan penuh emosi.
Naughty Dog mendedahkan kisah-kisah di mana para peminat siri ini yang sering menghantar surat-surat yang menceritakan bagaimana Uncharted telah mengubah hidup mereka. Ia sentiasa memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan mereka.
Terdapat juga beberapa peminat yang menghantar mereka buku skrap di mana ia ditampilkan dengan pelbagai artwork Uncharted. Sesuatu yang sangat menyentuh bagi para developers Naughty Dog.
Mereka juga mengatakan bagaimana karakter-karakter yang terdapat dalam siri Uncharted ini sangat dekat dengan jiwa mereka dan telah banyak mempengaruhi dalam kehidupan seharian mereka.
Paling menyentuh adalah apabila mereka menceritakan bagaimana mereka melakukan layout terakhir untuk Nathan Drake, sambil mengatakan, “ini adalah lompatan epik terakhir Nathan dalam siri Uncharted”. Sungguh beremosi.
Dalam satu tweet yang dikeluarkan oleh Pengarah Kreatif, Neil Druckmann telah mencabar para peminat untuk menonton video ini sambil tidak mengeluarkan air mata. Nampaknya, kami gagal.
I dare you not to get emotional watching this Making of Video for Uncharted 4: https://t.co/6mGVZJjZjU
— Dr. Uckmann (@Neil_Druckmann) March 30, 2016
Trailer CGI untuk Uncharted 4 juga telah dikeluarkan. Anda boleh tontonnya di sini.
Sebelum ini, Naughty Dog telah menerangkan bagaimana mereka membina grafik secantik ini dalam Uncharted 4, dan juga mengatakan sistem stealth dalam The Last of Us akan digunakan dalam game ini.
Mereka juga telah mengumumkan bahawa game ini telah siap kesemuanya dan sudah bersedia untuk dicetak.
Selepas ditunda sebanyak tiga kali, tarikh pelancaran Uncharted 4: A Thief’s End adalah pada 10 Mei 2016, eksklusif untuk PlayStation 4.
JomBaca: Naughty Dog Bakal Mematikan Nathan Drake Dalam Uncharted 4?
Comments
Loading…