in , , ,

Uncharted 4, The Lost Legacy Versi Remastered Akan Dilancarkan Ke PS5, PC Awal Tahun 2022

PlayStation Showcase 2021 yang berlangsung awal pagi tadi dimulakan dengan berita baik untuk para peminat francais Uncharted.

Uncharted: Legacy of Thieves Collection telah diumumkan untuk PS5 dan PC. Ia akan dilancarkan terlebih dulu di PS5 pada awal tahun 2022, manakala versi PC pula akan dilancarkan selepas itu.

Uncharted: Legacy of Thieves Collection meggabungkan dua game Uncharted yang asalnya dilancarkan untuk PS4, iaitu Uncharted 4: A Thief’s End (2016) dan Uncharted: The Lost Legacy (2017) versi remastered dalam satu game koleksi.

Pengumuman ini menandakan para pemain di PC bakal menikmati siri Uncharted buat kali pertama.

Saksikan trailernya:

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Marvel’s Spider-Man 2 Diumumkan – Peter Parker/Miles Morales Bergocoh Dengan Venom

Tarikh Pelancaran Gran Turismo 7 Didedahkan Untuk PS5, PS4 – Saksikan Trailer Terbaru