in , , ,

Uncharted 4: The Lost Legacy Diumumkan, Standalone Game Yang Fokus Kepada Chloe Dan Nadine

Kita akan menelusuri dunia Uncharted dari kaca mata Chloe Frazer pula.

uncharted-4-the-lost-legacy

Selepas beberapa laporan awal yang mengatakan Uncharted 4 bakal ditampilkan dengan DLC story, akhirnya ia telah diumumkan semasa acara PlayStation Experience 2016 awal pagi tadi. Diberi nama Uncharted 4: The Lost Legacy, ia bakal membawakan kelainan di mana kali ini watak utamanya akan diterajui oleh Chloe Frazer, watak yang cukup terkenal dalam Uncharted 2, dan bukan lagi diterajui oleh Nathan Drake.

Video gameplay berdurasi kira-kira 8 minit ini memaparkan sedikit aksi Chloe di India, dengan sedikit gerakan berlawan bersama Nadine:

Disebutkan sebagai “story expansion paling terbesar” Naughty Dog pernah keluarkan, serta DLC story pertama dalam francais Uncharted, The Lost Legacy adalah sebuah standalone game.

Dalam laman web rasminya, mereka turut mengumumkan Uncharted 4: A Thief End‘s Digital Deluxe Edition dan Explorer’s Pack yang akan berada di pasaran pada 13 Disember ini. Dalam kedua-dua versi ini, pemain akan mendapat The Lost Legacy secara percuma kelak.

Bagi pemain lain pula, anda boleh membelinya dalam bentuk fizikal, ataupun melalui muat turun digital.

Uncharted 4: The Lost Legacy akan dilancarkan pada tahun hadapan, tarikh tepatnya masih belum didedahkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
The Last of Us Part 2 Diumumkan, Saksikan Trailer Yang Penuh Sayu Ini

The Last of Us Part 2 Diumumkan, Saksikan Trailer Yang Penuh Sayu Ini

Demo Resident Evil 7 Akan Menerima Major Update Dan Ini Trailer Terbarunya!