in ,

Uncharted 4: Story Trailer Diperlihatkan!

Kira-kira dua bulan sebelum pelancaran Uncharted 4: A Thief’s End, story trailer telah diperlihatkan!

uncharted

Creative Director Naughty Dog, Neil Druckmann dalam post terbarunya di PlaystationBlog telah mendedahkan story trailer yang dinanti-nantikan setiap peminat setia siri terakhir Uncharted ini.

Apa yang boleh kita lihat daripada story trailer yang telah didedahkan, kelihatan banyak flashback scene menampakkan Nathan Drake bersama abangnya, Sam, mengembara mencari harta karun pada waktu kecil. Adakah lebih banyak scene-scene Nate pada waktu kecil akan dapat dimainkan seperti yang terdapat dalam Uncharted 3?

Kelihatan juga banyak scene di mana Nate mencari harta karun di kepulauan-kepulauan yang sangat indah.

uncharted

Uncharted 4: A Thief’s End akan berada di pasaran untuk Playstation 4 pada 26 April 2016.

[KEMASKINI]: Naughty Dog telah memuat-naik video trailer baru selepas timbul satu isu dengan Ubisoft.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Persona 5: Chief Director, Katsuna Hashino, Kongsi Banyak Info Menarik!

CS:GO: Hadiah Bagi Pertandingan CSGO Major Dinaikkan!