in , ,

Uncharted 4: Sistem Stealth Dalam The Last of Us Bakal Digunakan!

Semalam, Naughty Dog berkongsi beberapa info mengenai grafik Uncharted 4. Hari ini, mereka menjelaskan lebih lanjut mengenai.

2

Dalam video di sebalik tabir terbaru yang dimuat naik melalui channel Playstation (video di atas), Naughty Dog menerangkan lebih lanjut bagaimana kuasa hardware PS4 yang mantap mempengaruhi pembikinan dan gameplay game ini.

Mereka menjelaskan apakah kuasa yang mampu diterapkan dalam game terbaru mereka ini melalui teknologi terkini yang mampu dilakukan oleh PS4. Antaranya, mereka mendedahkan bagaimana memandu kereta pacuan empat roda di persekitaran yang berlumpur bakal menampakkan kuasa sebenar PS4. Pemain bakal merasai kelainan apabila memandu di kawasan tersebut dan terpaksa menyesuaikan diri, seterusnya menukar playstyle.

1

Mereka juga mendedahkan bahawa sistem stealth yang terdapat dalam The Last of Us bakal digunakan dalam Uncharted 4. Bermakna, cara anda menyerang musuh kini boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Licik!

Selain itu, mereka juga memperkenalkan beberapa sistem baru yang mungkin sedikit berbeza dari siri-siri Uncharted sebelum ini. Antaranya adalah seperti penggunaan tali untuk melompat dari satu tempat ke tempat yang lain, sistem memanjat yang di-finetune dengan agak lama, dan pemikiran AI yang dibina dengan lebih kompleks seperti membuat keputusan dengan lebih bijak ketika menyerang pemain.

Di sebalik perbezaan dan pembaharuan yang diperkenalkan, mereka berkata, ia masih mengekalkan “feel” Uncharted itu. Pengalaman dan persekitaran Uncharted sentiasa diterapkan bagi mengekalkan keaslian game ini.

Untitled

Sebelum ini, Naughty Dog telah pun mengumumkan bahawa game ini telah disiapkan dan sudah bersedia untuk dicetak.

Selepas ditunda sebanyak tiga kali, tarikh pelancaran Uncharted 4: A Thief’s End adalah pada 10 Mei 2016, eksklusif untuk PlayStation 4.

JomBaca: Naughty Dog Bakal Mematikan Nathan Drake Dalam Uncharted 4?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Overwatch: Filem Pendek Dari Blizzard Memperkenalkan Winston Sang Gorilla Bijak

EA Mohon Maaf Kepada Fighter UFC Muslim Selepas Isyarat Kristian Dalam Game