in ,

Uncharted 4: Playstation Bundle Bakal Tiba!

Panggilan buat peminat susah mati Uncharted! Sony telah mengumumkan Uncharted 4 bundle bersama Playstation keluaran terhad! Apa lagi!

 

uncharted_4_le_ps4-600x370Playstation 4 keluaran terhad ini akan memaparkan gambar Nathan Drake dalam episod ke-4 ini bersama tulisan siri Uncharted dan logo “PS” yang berwarna keemasan.

Jika korang perasan, terdapat tulisan “Sic Parvis Magna” yang juga merupakan tulisan di cincin milik Nathan Drake.

Hardisk bersaiz 1 TB bakal disertakan dalam keluaran PS4 ini.

uncharted_4_dualshock_4_leSebuah controller DS4 yang bertemakan warna yang sama turut disertakan dalam bundle ini. Controller ini juga boleh didapati berasingan kelak untuk pengumpul.

uncharted_4_le_headset

Gold Wireless Headset yang bertemakan bundle Uncharted 4 ini juga bakal dikeluarkan oleh Sony awal bulan Mac. Menurut Naugty Dog, mereka juga bakal mengeluarkan aplikasi yang membolehkan pengguna menggunakan headset tersebut seperti mana yang digunakan oleh mereka.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dissidia Final Fantasy: Ramza Beoulve dalam HD!

Doom: Otai Game FPS Dah Kembali