in , ,

Uncharted 4: Naughty Dog Perjelas Bagaimana Mereka Membina Grafik Secantik Ini!

Siri Uncharted sentiasa menampilkan grafik yang sangat memukau. Kali ini, mereka terangkan bagaimana grafik secantik ini dibina.

2

Dalam video yang dimuat naik di channel Youtube Playstation (video di atas), Naughty Dog telah berkongsi beberapa maklumat di sebalik tabir, bagaimana mereka membina Uncharted 4, khusus mengenai grafik.

Mereka mengatakan bahawa, apabila melihat produk akhir game ini, mereka seperti tidak percaya bahawa mereka telah membina grafik secantik ini. Melalui hardware PS4 yang lebih berkuasa berbanding last-gen console (PS3), impian mereka selama ini untuk membina grafik semantap ini adalah seperti impian menjadi kenyataan.

3

Dalam membincangkan dunia Uncharted yang telah mereka tampilkan dalam siri terakhir ini, mereka menjanjikan bahawa perjalanan cerita dan tempat adalah sangat, sangat besar. Apabila ingin bergerak ke satu destinasi, beberapa jalan boleh dilalui, di mana setiap darinya memiliki cabaran yang berlainan.

Mereka menambah, walaupun mereka menyajikan kawasan yang lebih besar untuk diterokai, dalam masa yang sama, setiap details yang ada dalam game ini tetap ditambah baik. Lebih luas kawasan untuk diterokai, lebih besar kemungkinan yang menunggu di hadapan.

Untitled

Sebelum ini, Naughty Dog telah pun mengumumkan bahawa game ini telah siap dibina dan sudah bersedia untuk dicetak.

Selepas ditunda sebanyak tiga kali, tarikh pelancaran Uncharted 4: A Thief’s End adalah pada 10 Mei 2016, eksklusif untuk PlayStation 4.

JomBaca: Naughty Dog Bakal Mematikan Nathan Drake Dalam Uncharted 4?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Fnatic Kuatkan Jentera Dengan Kemasukan Pemain Baru!

Tom Clancy’s The Division: Boleh Beli or Boleh Blah!?