in

Uncharted 4 Kini Sudah Siap Di-Develop, Sudahkah Anda Bersedia?

Anda sudah boleh menghitung hari untuk Uncharted 4 kerana ia sudah pun siap di-develop!

12841415_10156616616175246_3698651650375856157_o

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Naughty Dog di laman Facebook, mereka telah mengumumkan bahawa game ini sudah melepasi tahap pembangunan, atau dalam kata lain, ia sudah siap di-develop.

Dalam post tersebut, mereka telah memuat naik sekeping gambar menu PS4, di mana kelihatan Uncharted 4 sedang dimuat turun, serta mengucapkan syabas kepada pasukan mereka yang telah menjayakan game ini. Mereka menambah, kini, mulalah penantian untuk menyampaikan game ini kepada para pemain.

Capture

Dalam masa yang sama, Creative Director Naughty Dog, Neil Druckmann juga telah memuat naik sekeping gambar disk Blu-ray di Twitter peribadinya yang tertera tarikh siapnya game ini – 17 Mac 2016. Dalam tweet tersebut, Druckmann mengatakan “setiap perjalanan pasti akan menemui pengakhiran.”

Selepas tiga kali ditunda, episod terakhir Nathan Drake dalam Uncharted 4: A Thief End akan berada di pasaran pada 10 Mei 2016, eksklusif untuk PlayStation 4.

JomBaca: Naughty Dog Lancarkan Siri Video Di Balik Tabir Uncharted 4

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

“Senang Aje Nak Cross-Platform Dengan Xbox” – Sony

BoBoiBoy: Power Spheres: Game Mobile Yang Dibangunkan Oleh 3 Buah Negara