Sama ada sengaja ataupun tidak, itu tidak dapat dipastikan.
Dokumen laporan terbaharu Sony yang dibentangkan untuk para pelabur, yang boleh diakses di sini, telah mendedahkan apakah game PlayStation seterusnya yang bakal hadir ke platform PC.
Game tersebut ialah Uncharted 4: A Thief’s End, game yang dibangunkan Naughty Dog, dilancarkan eksklusif untuk PS4 pada Mei 2016.
Dalam gambar di bawah, kita dapat saksikan Sony dengan jelas mengatakan yang lebih banyak game dari PlayStation Studios akan dilancarkan ke platform PC, sambil meletakkan logo Days Gone (sudahpun dilancarkan ke PC minggu lalu) dan Uncharted 4.

Namun, buat masa ini, tiada sebarang tarikh atau waktu pelancaran didedahkan.
Baru-baru ini, laman PlayStation Studios di Steam telah dilancarkan, mengacah lebih 41 game/DLC.
Dalam reviu Boleh Beli or Boleh Blah!?, kami mengatakan: “Ia merupakan penamat yang sempurna kepada episod penuh epik dan memori siri Uncharted. Untuk episod keempat ini, ia bukanlah lagi sebuah pengembaraan mencari harta karun dan menjadi kaya. Ia sebuah perjalanan menuju “destinasi” dalam mencari erti sebenar makna kekeluargaan.”
Comments
Loading…