Setinggi tahniah diucapkan kepada kumpulan animasi Naughty Dog terhadap kejayaan mereka memenangi anugerah Best Character Animation in a Video Game untuk Uncharted 4: A Thief’s End di Annie Awards baru-baru ini!
Congratulations to our animation team for winning Best Character Animation in a Video Game for #Uncharted4 at the #AnnieAwards!
📷@joshscherr pic.twitter.com/LiXdQUg4nx— Naughty Dog (@Naughty_Dog) February 5, 2017
Antara calon-calon yang bertanding dalam kategori berkenaan ialah Titanfall 2, The Witcher 3 (Blood and Wine DLC) dan Teenage Mutant Ninja Turtles: Legends.
Annie Awards merupakan anugerah berprestij yang memberi penghargaan terhadap industri animasi pada setiap tahun. Turut serta yang memberi ucapan tahniah ialah pengarah dan penulis Uncharted 4, Neil Druckmann.
Congrats to our kick ass animators on their win tonight! #Uncharted4 #AnnieAwards
— Dr. Uckmann (@Neil_Druckmann) February 5, 2017
Uncharted 4: A Thief’s End yang dikeluarkan pada 10 Mei 2016, sudah membawa pulang banyak anugerah dan penghargaan semasa The Game Awards pada Disember lepas termasuk Best Performance (Nolan North sebagai Nathan Drake) dan Best Narrative.
Tambahan lagi, Uncharted 4: A Thief’s End juga tercalon untuk pelbagai kategori untuk anugerah Game Developers Choice Awards pada Mac ini dan juga SXSW Game Award.
Comments
Loading…