Penerbit Stardew Vally, Chucklefish telah memperlihatkan sebuah game baharu yang sedang dibangunkan mereka, diberi judul Witchbrook.
Sekali pandang, game ini umpama mempertemukan dunia Harry Potter dengan Stardew Valley kerana ia menggunakan latar belakang sekolah ahli sihir dalam persekitaran dan gameplay seperti Stardew Valley.
Chucklefish telah berkongsikan tiga keping screenshots baharu:
Antara gameplay yang bakal dibawakan ke dalam game ini ialah belajar mantera-mantera, menanam tanaman ajaib, serta membina hubungan antara pelajar-pelajar lain. Seperti yang dapat kita lihat dalam screenshots di atas, ada taman-taman, kebun, bilik darjah dan kedai-kedai luar seperti bakeri.
Mengikut FAQ yang disediakan di laman web rasmi, Witchbrook masih lagi dalam pembangunan dan mereka belum memutuskan di platform manakah game ini akan dilancarkan. Tarikh pelancaran juga masih belum ada.
Untuk perkembangan terkini, korang boleh ikuti Witchbrook di Facebook, Twitter dan Reddit.
Comments
Loading…