in ,

Umpama Gameplay GTA 2 Dengan Tema Cyberpunk – Memperkenalkan Glitchpunk

Dah muak dengan game first-person shooter? Dah bosan dengan game third-person shooter? Masa untuk kembali ke top-down shooter!

Diberi judul Glitchpunk, game ini merupakan sebuah game top-down shooter yang bertemakan zaman cyberpunk. Dibangunkan oleh Dark Lord dan diterbitkan Daedalic Entertainment, game ini dijangka dilancarkan pada suku kedua 2021 (sekitar April-Jun) di platform Steam.

Game ini akan mengajak pemain untuk bergasak, menembak dan memandu dalam persekitaran masa hadapan distopia. Korang akan bermain sebagai bounty hunter dalam dunia geng jahat, kumpulan gila dan syarikat korporat yang penuh kekejaman.

Korang boleh tonton trailernya di bawah, yang mana ia mengingatkan kita kepada gameplay Grand Theft Auto 2 suatu ketika dulu.

Judul game ini sebenarnya agak menarik. Glitch dalam dunia Cyberpunk? Ehem.

Layari laman Glitchpunk di Steam kalau korang berminat.

Terima kasih, PCGamer.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Untuk Ambil Game Percuma Di Epic Games Store Kini Memerlukan Pengesahan Dwi-Factor

Lebih 749 Juta Game Percuma Ditebus Di Epic Games Store Pada 2020, Akan Diteruskan Untuk 2021

Epic Games Adalah Jenama Gaming Paling Popular Di Malaysia – Kajian