in ,

Ulang Tahun Pertama PS5: Bos Sony Hargai Pemain Yang Masih Sabar Menanti Ketiadaan Stok

12 November 2021 menyaksikan PlayStation 5 berusia tepat setahun. Bersempena ulang tahun pertama ini, Presiden dan CEO Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan telah mengeluarkan satu kenyataan istimewa di PlayStation Blog.

Ryan memulakan kata-katanya dengan merumuskan apakah pengumuman dan pendedahan yang dilakukan sepanjang setahun ini berkisar PS5 — antaranya pelancaran Ratchet & Clank: Rift Apart, Returnal, dan Deathloop; pengambil-alihan studio Bluepoint Games, Firesprite, Housemarque, dan Nixxes dan banyak lagi.

Beliau kemudian mendedahkan bahawa terdapat 25 buah game baharu untuk PS5 yang sedang dibangunkan di bawah PlayStation Studios.

Selain itu, Ryan turut berkongsikan beberapa statistik menarik yang telah dicapai oleh para pemain PS5. Sebanyak 4.6 billion jam gameplay telah dimainkan oleh keseluruhan pemain PS5, serta mereka telah menyiarkan 26 juta jam livestream.

Daripada data tersebut, Sony telah mendapati 10 game yang paling banyak dimainkan oleh para pemain PS5, iaitu:

  1. Fortnite
  2. Call of Duty: Black Ops Cold War
  3. FIFA 21
  4. NBA 2K21
  5. Assassin’s Creed Valhalla
  6. Destiny 2
  7. MLB The Show 21
  8. Marvel’s Spider-Man: Miles Morales
  9. Demon’s Souls
  10. NBA 2K22

Di akhir kenyataan, Ryan telah mengucapkan penghargaan kepada para pemain yang masih belum memiliki PS5 yang menunjukkan kesabaran yang tinggi dalam menanti kehadiran stok-stok baharu.

Beliau menyatakan yang pihak mereka memahami kekecewaan yang dihadapi para pemain ini, dan berjanji untuk terus memberikan fokus sepenuhnya untuk mengedarkan seberapa banyak unit PS5 yang boleh.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Dilaporkan Mengurangkan Produksi PS5 Disebabkan Terus Kekurangan Komponen

PDRM Janji Tangkap Suspek Scammer PS5, 26 Laporan Polis Diterima