in , , , , , ,

Ukraine Gesa PlayStation, Xbox Sekat Akaun Pemain Rusia, Halang Pasukan Esports Bertanding

Perang antara Rusia dan Ukraine semakin hari semakin membimbangkan. Syarikat-syarikat gergasi dari Barat telah mengenakan bermacam jenis sekatan kepada negara Rusia.

Bagi memberikan lebih tekanan kepada kerajaan pimpinan Vladimir Putin, pihak kerajaan Ukraine telah menggesa keseluruhan syarikat pembangun game dan platform esports untuk menghentikan segala jenis sokongan kepada Rusia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Mykhailo Fedorov merayu untuk menyekat semua akaun gaming para pemain Rusia dan Belarus buat sementara waktu, menghalang semua pasukan mereka daripada menyertai sebarang kejohanan esports antarabangsa dan membatalkan segala acara antarabangsa yang diadakan di wilayah Rusia dan Belarus.

“Kami pasti tindakan-tindakan seperti ini akan memotivasikan rakyat Rusia untuk menghentikan secara proaktif serangan agresif ketenteraan yang memalukan ini,” kata Fedorov.

Di Twitter, Fedorov telah memetik akaun Twitter rasmi PlayStation dan Xbox secara spesifik.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Gran Turismo 7: Boleh Beli or Boleh Blah!?

EA Sports Buang Kelab, Pasukan Kebangsaan Rusia Daripada Semua Game FIFA, NHL