in , , ,

UFL Umumkan Roberto Firmino Sebagai Duta, Saksikan Model 3D Wajahnya

Strikerz Inc. telah mengumumkan False 9 sensasi Liverpool FC dari Brazil, Roberto Firmino sebagai duta jenama global untuk game bola sepak akan datang mereka, UFL.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Strikerz mengatakan pemain yang popular dengan jolokan ‘Si Señor’ itu akan tampil dalam UFL serta akan turut membantu mempromosikan game tersebut.

Bersama-sama dengan pengumuman ini, Strikerz turut berkongsikan model 3D wajah penyerang itu:

Bulan lalu, Strikerz telah mengumumkan Oleksandr Zinchenko sebagai duta jenama global pertama UFL.

UFL sedang menjadi perhatian peminat game bola sepak apabila cuba memecah dominasi FIFA dan eFootball (dulu PES). Kekuatan UFL adalah ia merupakan sebuah game percuma (free-to-play), dan tidak mengetengahkan sebarang unsur ‘pay-to-win’.

Buat masa ini, mereka hanya fokus untuk membangunkannya untuk platform konsol, dan masih mempertimbangkan untuk platform PC.

UFL sedang dibangunkan dalam Unreal Engine. Tarikh pelancaran belum diumumkan. Saksikan trailer sinematiknya di sini.

Pada ketika eFootball kini dikecam teruk oleh para peminat tegar PES, manakala EA Sports dan FIFA pula bakal menamatkan kerjasama, UFL kelihatan mampu menjadi alternatif kepada para peminat game bola sepak.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PS5 Akan Muat-Naik Secara Automatik Screenshot, Klip Video Ke Telefon Melalui PlayStation App

Halo Infinite Ditunda Ke Tahun 2021

EA Buka Studio Baru, Fokus Game FPS, Diketuai Bekas Pencipta-Bersama Halo