in , , ,

UFL Umumkan Oleksandr Zinchenko Sebagai Duta Rasmi, Kongsikan Model 3D Pemain Pertama

Strikerz telah mengumumkan duta rasmi pertama untuk game bola sepak akan datang mereka, UFL.

Oleksandr Zinchenko, pemain tengah Manchester City dan pasukan kebangsaan Ukraine, telah dipilih sebagai duta. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, pengumuman Zinchenko ini menandakan permulaan kepada siri pengumuman kerjasama dengan beberapa pemain bola sepak bertaraf dunia.

Bersama-sama dengan pengumuman duta ini, Strikerz telah berkongsikan model 3D pertama, tentunya model 3D untuk duta pertama mereka itu. Korang boleh saksikannya di bawah:

UFL sedang menjadi perhatian peminat game bola sepak apabila cuba memecah dominasi FIFA dan eFootball (dulu PES). Kekuatan UFL adalah ia merupakan sebuah game percuma (free-to-play), dan tidak mengetengahkan sebarang unsur ‘pay-to-win’.

Buat masa ini, mereka hanya fokus untuk membangunkannya untuk platform konsol, dan masih mempertimbangkan untuk platform PC.

UFL sedang dibangunkan dalam Unreal Engine. Tarikh pelancaran belum diumumkan. Saksikan trailer sinematiknya di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Star Wars Oleh Quantic Dream Dilaporkan Fokus Gameplay Aksi, Multiplayer, Open-World

Filem Animasi Mario Bakal Dibintangi Chris Pratt, Anya Taylor-Joy, Charlie Day, Jack Black, Seth Rogen