in , , ,

UFL Umum Kevin de Bruyne Sebagai Duta Terbaharu, Saksikan Teaser Animasinya

Srtikerz Inc. telah mengumumkan seorang lagi duta untuk game bola sepak akan datang mereka, UFL.

Kali ini, duta tersebut merupakan salah seorang pemain tengah terbaik di dunia pada ketika ini, iaitu Kevin de Bruyne.

“Tatkala saya dengar tentang UFL, saya rasa ia boleh menjadi sesuatu yang besar seterusnya dalam online gaming bola sepak,” kata pemain kebangsaan Belgium dan Manchester City itu dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan.

Bersama-sama dengan pengumuman ini, Strikerz telah memperlihatkan sedikit animasi de Bruyne dalam game, yang korang boleh saksikannya di bawah:

Penambahan de Bruyne menjadikan beliau adalah pemain keempat dalam senarai duta UFL, selepas Oleksandr Zinchenko, Roberto Firmino dan Romelu Lukaku.

Gameplay penuh pertama UFL akan diperlihatkan pada 28 Januari 2022, 4 pagi (waktu Malaysia).

Setakat ini, kelab-kelab yang sudah diumumkan akan tampil dalam UFL secara rasmi adalah West Ham United FC, Sporting CP, Shakhtar Donetsk, AS Monaco, dan Besiktas JK.

UFL sedang menjadi perhatian peminat game bola sepak dunia apabila cuba memecah dominasi FIFA dan eFootball (dulu PES). Kekuatan UFL adalah ia merupakan sebuah game percuma (free-to-play), dan tidak mengetengahkan sebarang unsur ‘pay-to-win’.

Buat masa ini, mereka hanya fokus untuk membangunkannya untuk platform konsol, dan masih mempertimbangkan untuk platform PC.

UFL sedang dibangunkan dalam Unreal Engine. Tarikh pelancaran belum diumumkan. Saksikan trailer sinematiknya di sini.

Pada ketika eFootball kini dikecam teruk oleh para peminat tegar PES, manakala EA Sports dan FIFA pula bakal menamatkan kerjasama, UFL kelihatan mampu menjadi alternatif kepada para peminat game bola sepak.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Nafi Tambah Produksi PS4 Untuk Tampung Kekurangan Stok PS5

Penganalisis Jangka EA Adalah Studio Seterusnya Mungkin Dibeli Oleh Syarikat Gergasi