in , ,

UFL: Tiada Unsur ‘Pay-To-Win’, Fokus Untuk PlayStation, Xbox, Masih Mempertimbang Untuk PC

Dalam satu pengumuman yang begitu tidak disangka semalam, sebuah game bola sepak baharu, UFL diumumkan.

Game yang sedang dibangunkan studio Strikerz ini terus mendapat perhatian ramai kerana ia dilihat mampu memberikan saingan kepada dua francais bola sepak gergasi, FIFA dan eFootball (dulu PES).

Dalam satu temu bual bersama IGN, CEO Strikerz, Eugene Nashilov telah mendedahkan beberapa perancangan mereka bagaimana untuk masuk ke tengah-tengah padang antara FIFA dan eFootball.

Antara yang menarik adalah Nashilov menegaskan yang UFL tidak akan mempunyai sebarang unsur pay-to-win. Dalam kata lain, UFL tidak akan menekan para pemain membelanjakan wang sebenar untuk memperkuat pasukan, seperti yang kita lihat dalam mode Ultimate Team (FUT) dalam francais FIFA.

Ketika ditanyakan mengenai perkara ini, Nashilov berkata:

“Ini adalah antara prinsip utama kami, penting untuk semua yang kami lakukan. Kami yakin yang kejayaan pemain kami tidak sepatutunya bergantung kepada bilangan pembelian dalam game atau nilai sumbangan yang mereka lakukan, tapi berdasarkan skil, pengalaman dan kecekapan gaming mereka.”

“Anda tidak akan diwajibkan untuk membeli apa-apa dalam UFL untuk mencapai tahap tinggi dan terus kekal kompetitif.”

“Konsep fair-to-play [adil ketika bermain] juga bermaksud yang kami sering menambah ciri-ciri baharu dan kemaskini dengan tiada bayaran wajib atau yuran tahunan. Percuma untuk dimainkan adalah model agihan yang sudah kukuh dalam insdutri gaming dan kami mahu bawakannya ke dalam genre simulasi bola sepak.”

“Kami yakin model yang adil ini akan menjadikan game kami lebih menarik kepada semua pencita bola sepak di luar sana.”

“Dalam UFL, para pemain mampu mengawal semua aspek dalam game, dari komposisi pasukan kepada apakah taktik dan formasi yang digunakan dalam perlawanan akan datang. Jalan menuju kejayaan anda diputuskan oleh skil dan keupayaan anda.”

“Dalam kata lain, game kami direka untuk menjadi pengalaman adil yang mengutamakan pendekatan skil dan tiada toleransi untuk opsyen pay-to-win.”

Sementara itu, dalam kenyataan lain di Twitter, Stikerz mengesahkan bahawa fokus utama mereka kini adalah untuk membangunkan UFL bagi platform PlayStation dan Xbox. Buat masa ini, platform PC masih dalam pertimbangan mereka.

UFL sedang dibangunkan dalam Unreal Engine. Tarikh pelancaran belum diumumkan. Saksikan trailer sinematik pertamanya di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Netflix Mula Tawarkan Kandungan Gaming Di Poland – 2 Game Mobile Stranger Things

Naughty Dog Sahkan Sedang Bangunkan Game Multiplayer Pertama, Bawakan ‘Pengalaman Sinematik’