in , , ,

UFL Tambah Romelu Lukaku Sebagai Seorang Lagi Duta, Ini Modelnya Dalam Game

Strikerz Inc. telah mengumumkan seorang lagi duta untuk game bola sepak yang sedang mereka bangunkan, UFL.

Kali ini, duta terbaharu ini ialah penyerang pasukan kebangsaan Belgium dan Chelsea, Romelu Lukaku.

Penambahan Lukaku menjadikan beliau adalah pemain ketiga dalam senarai duta UFL, selepas Oleksandr Zinchenko dan Roberto Firmino.

Dalam kenyataan akhbar yang diedarkan, Strikerz berkata penyerang kidal berbisa itu akan muncul dalam-game serta akan membantu mempromosikan game tersebut.

Mereka juga memperlihatkan wajah dan model fizikal Lukaku dalam-game. Korang boleh saksikannya di bawah:

Gameplay pertama UFL akan diperlihatkan pada 27 Januari 2022.

Setakat ini, kelab-kelab yang sudah diumumkan akan tampil dalam UFL secara rasmi adalah West Ham United FC, Sporting CP, Shakhtar Donetsk, AS Monaco, dan Besiktas JK.

UFL sedang menjadi perhatian peminat game bola sepak dunia apabila cuba memecah dominasi FIFA dan eFootball (dulu PES). Kekuatan UFL adalah ia merupakan sebuah game percuma (free-to-play), dan tidak mengetengahkan sebarang unsur ‘pay-to-win’.

Buat masa ini, mereka hanya fokus untuk membangunkannya untuk platform konsol, dan masih mempertimbangkan untuk platform PC.

UFL sedang dibangunkan dalam Unreal Engine. Tarikh pelancaran belum diumumkan. Saksikan trailer sinematiknya di sini.

Pada ketika eFootball kini dikecam teruk oleh para peminat tegar PES, manakala EA Sports dan FIFA pula bakal menamatkan kerjasama, UFL kelihatan mampu menjadi alternatif kepada para peminat game bola sepak.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Percuma PlayStation Plus Januari 2022 – Persona 5 Strikers, Deep Rock Galactic, Dirt 5

Hideo Kojima Dedahkan 2 Game Baharu Kini Dalam Pembangunan