in ,

UFC 2: Patch Membaiki Isu Keagamaan Telah Dikeluarkan

Isu keagamaan yang berbangkit nampaknya sudah reda. EA Sports pantas membaiki keadaan.

031415-UFC-Khabib-Nurmagomedov-LN-PI.vresize.1200.675.high.99

Dalam satu tweet yang dikeluarkan oleh akaun rasmi EA Sports UFC, mereka telah mengesahkan bahawa patch untuk UFC 2 yang membaiki isu yang berkisar tentang keagamaan kini sudah dikeluarkan. Ia sudah boleh dimuat turun di PS4, dan untuk Xbox One, ia akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Dalam tweet tersebut, mereka sekali lagi telah memohon maaf atas kesilapan itu, selepas telah melakukannya sebelum ini. Mereka juga berterima kasih kepada pemain yang telah membangkitkan isu ini.

Memetik kata-kata mereka:

Beberapa hari lepas, fighter Muslim UFC, Khabib Nurmagomedov telah meluahkan rasa tidak puas hati kepada EA Sports selepas karakter beliau telah melakukan isyarat salib di dada semasa meraikan kemenangan dalam sesebuah perlawanan.

Anda boleh baca laporan penuh kami mengenai kontroversi ini di sini.

JomBaca: Sumpahan EA Sports Untuk Muka Hadapan Game Berterusan!?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Uncharted 4: Trailer CGI Terbaru – “Every Treasure Has its Price”

Dark Souls 3: Mana Satu Edisi Pilihan Roh Gelap Korang!