in , , ,

Ucap Selamat Tinggal Kepada Battleborn – Server Online Kini Dah Dimatikan

Apabila dengar sahaja “Battleborn”, mungkin ada macam ingat-ingat lupa. Battleborn? Macam pernah dengar, ya tak?

Kalau korang masih ingat, beberapa bulan selepas Overwatch dilancarkan pada Oktober 2015, pesaingnya utamanya, yang dikatakan benar-benar akan memberi tekanan kepada game keluaran Blizzard Entertainment pada ketika itu, Battleborn dilancarkan pula pada Mei 2016.

Walau bagaimanapun, apa yang dicapai Battleborn dan Overwatch adalah umpama langit dan bumi. Overwatch memenangi pelbagai anugerah dan terus menjadi game hangat sehingga ke hari ini, manakala Battleborn pula terus terperosok ke lembah kegagalan yang mungkin hanya sejarah yang akan mengingatinya.

Kira-kira setahun yang lalu, 2K Games dan Gearbox Software telah mengumumkan yang dalam masa setahun lagi, server online untuk Battleborn akan dimatikan.

Dan kini, setibanya Februari 2021, ia menandakan penamatan riwayat Battleborn. Server online Battleborn telah dipadamkan pada 31 Januari 2021. Dalam kata lain, Battleborn kini tidak lagi boleh dimainkan.

Episod duka Battleborn ini sememangnya sudah dijangka dari awal lagi, walaupun pada mulanya ia menampilkan satu gameplay dan konsep yang agak menarik berbanding Overwatch.

JomBaca: Suka Duka Beta: Battleborn – Gameplay Solid, Perlukan Lebih Content!

Sekitar setahun selepas pelancarannya, Battleborn telah bertukar menjadi sebuah game percuma (free-to-play) walaupun pada asalnya ia merupakan game berbayar. Kemudian, beberapa bulan selepas itu, mereka mengumumkan pula yang tiada lagi kandungan baharu akan dibawakan ke dalam game.

Selamat jalan dan terima kasih, Battleborn.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PlayStation Studios Akan Lancarkan Game Pertama Untuk Xbox – MLB The Show 21

Berapa Jam Korang Habiskan Di PlayStation Pada 2020? Berapa Game Main? Ketahuinya Di Sini