in , , , ,

Ubisoft Yakin Rainbow Six Siege Dan Extraction Takkan Jatuhkan Antara Satu Sama Lain

Rainbow Six Siege sememangnya sebuah game live-service yang berjaya. Apabila sebuah lagi game dari siri ini semakin hampir ke pelancaran, iaitu Rainbow Six Extraction, ramai bercakap-cakap tentang sama ada kedua-duanya akan ‘memakan’ atau menjatuhkan antara satu sama lain.

Dalam satu temu bual bersama Gamespot, pengarah kreatif Patrik Méthé telah menolak pandangan itu. Beliau mematahkan kebimbangan itu dengan mengatakan Siege dan Extraction memiliki pengalaman yang berbeza, maka tiada sebarang bahaya timbul sama ada masing-masing akan ‘memakan’ antara satu sama lain.

“Kedua-dua game yang sangat berbeza menawarkan cabaran-cabaran dan langkahnya tersendiri jadi tiada kerisauan dari aspek itu, malah sebaliknya yang berlaku,” ujar Méthé. “Cara [Extraction] dibangunkan dalam persekitaran PvE — kami yakin ia akan menarik lebih jenis pemain yang luas dari kedua-dua pihak.”

Beliau turut menyatakan yang walaupun kedua-dua game mempunyai mekanisme gameplay yang sama, namun tahap ketegangan yang akan ditampilkan ke dalam Extraction akan membawakan pemain sesuatu yang baharu dan unik.

Méthé cukup yakin bahawa Extraction akan menarik lebih ramai pemain baharu ke dalam universe Rainbow Six.

“Kepada pendatang baharu dalam universe Rainbow Six — Extraction menawarkan satu pengalaman co-op taktikal yang menghiburkan di mana pemain berupaya mengangkat mereka sendiri ke had tertinggi dan akan perlu mempertingkatkan kemahiran dan abiliti setiap kali bermain, bagi memastikan misi dapat dijayakan dengan lebih mudah.”

Rainbow Six Extraction merupakan sebuah game shooter co-op PvE, menggabungkan tiga Operator menyerang ancaman misteri seakan makhluk asing digelar Archæns, serta menyelamatkan rakan sepasukan yang terkandas dalam zon kuarantin.

Rainbow Six Extraction akan dilancarkan pada 16 September ini untuk PC, PS5, PS4, Xbox Series, dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
PlayStation State of Play Akan Diadakan Pada Jumaat Pagi Ini, Tiada Berita PS5

Acara PlayStation State of Play Mungkin Telah Tertiris, Berlangsung Bulan Depan

Kerjasama Hideo Kojima Bersama Xbox Dilaporkan Semakin Hampir Ditandatangani