in ,

Ubisoft Yakin Mereka Boleh Fokus Bangunkan 2 Game Dari Francais Besar – Star Wars Dan Avatar

Semalam kita telah digegarkan dengan satu pengumuman yang cukup besar — Ubisoft sedang membangunkan sebuah game open-world Star Wars dengan kerjasama Lucasfilm Games. Ia sekaligus mengesahkan pengakhiran perjanjian eksklusif Electronic Arts (EA) terhadap lesen Star Wars.

Studio bawah Ubisoft yang akan mengetuai pembangunan game Star Wars ini ialah Massive Entertainment, iaitu studio yang bertanggungjawab membikin siri The Division. Selain Star Wars, satu lagi game dari francais besar yang sedang dibangunkan studio ini ialah game Avatar, iaitu berdasarkan filem tahun 2009 arahan James Cameron itu.

Berbicara lanjut tentang pembangunan game terbaharu ini, Ubisoft.com ada mengeluarkan satu temuramah bersama Pengarah Urusan Massive Entertainment, David Polfeldt.

Antara soalan menarik yang ditanyakan ialah dengan dua francais besar — Star Wars dan Avatar — sedang dibangunkan oleh Massive Entertainment, apa yang membuatkan Ubisoft begitu istimewa dan sesuai untuk membangunkan game-game berdasarkan IP-IP yang besar.

Ini jawapan Polfeldt:

“Kami sentiasa mencari untuk berkolaborasi dengan pencipta-pencipta lain untuk membawakan pemain pengalaman bermakna dan meletakkan mereka ke dalam dunia-dunia mengagumkan, seperti yang diperlihatkan melalui kolaborasi hebat kami miliki dengan Lightstorm, Lucasfilm, dan Disney.

Bersama-sama, kami fokus terhadap projek-projek yang memacu sempadan open-world dan membawa pemain ke tahap seterusnya, dan perjalanan itu sesuai dengan baik dalam universe-universe Avatar dan Star Wars yang luas.

Setelah berjaya menghidupkan sangat banyak IP asli, melalui antara portfolio paling pelbagai dalam industri ini, saya yakin Ubisoft telah mewujudkan kedua-dua pengalaman dan satu kapasiti kreatif yang unik. Hal ini tentunya membuatkan kami tempat yang ideal, dan rakan kongsi, untuk membangunkan apa jua jenis projek.”

Mengangkat dua francais yang cukup besar seperti Star Wars dan Avatar sememangnya satu tugas dan amanah yang sungguh berat. Harapnya Ubisoft mampu membangunkan dua game ini dengan bagus.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pengasas CDPR Mohon Maaf Atas Isu Cyberpunk 2077, Minta Jangan Salahkan Pembangun

Cyberpunk 2077 Keluarkan 3 Video Trailer Baru, Saksikan Lebih Aksi Karakter Keanu Reeves

CDPR Masih Tidak Tahu Bila Cyberpunk 2077 Akan Kembali Ke PlayStation Store