Bagi anda yang belum pernah mencuba The Crew, ini mungkin adalah masa terbaik untuk mendapatkan game racing open-world ini.

the-crew-ultimate edition

Ubisoft telah mengumumkan The Crew Ultimate Edition, sebuah game yang mengumpulkan game penuh The Crew, DLC Wild Run, DLC Calling All Units dan kesemua 19 kereta yang terdapat dalam Season Pass.

Ia akan berada di pasaran bermula 29 November nanti di PC, PS4 dan Xbox One, dengan harga GBP39.99 (~RM215).

Ubisoft turut mengumumkan bahawa untuk para pemain yang telah memiliki game penuh The Crew, membeli DLC Calling All Units akan mendapatkan anda DLC Wild Run secara percuma pada harga GBP19.99 (~RM107).

Di samping itu, untuk para pemain yang telah memiliki game penuh The Crew dan DLC Wild Run pula, membeli DLC Calling All Units akan memberikan anda Nissan GT-R 2016 secara percuma.

the-crew-ultimate edition

Jom saksikan trailer The Crew Calling All Units:

JomKomen!