in ,

Ubisoft Umumkan Tarikh Acara E3 2021 Pada Jun

Ubisoft Forward, iaitu acara digital yang akan berkongsikan perkembangan baharu game-game keluaran Ubisoft, bakal kembali tahun ini sebagai sebahagian daripada E3 2021.

Ubisoft mengumumkan, sama seperti tahun lalu, acara ini akan diadakan secara digital sepenuhnya, boleh ditonton di seluruh dunia secara langsung melalui platform-platform rasmi E3 dan Ubisoft.

Ubisoft Forward 2021 bakal berlangsung pada 13 Jun 2021, 3 pagi (waktu Malaysia).

Ubisoft tidak mendedahkan apakah game yang bakal diperlihatkan dalam acara itu kelak, namun kita boleh menjangkakan beberapa game akan datang yang bakal tampil adalah seperti Far Cry 6, Riders Republic dan Rainbow Six Parasite. Selain itu, game-game sedia ada juga tentunya akan mendapat berita-berita baharu seperti Rainbow Six Siege, Hyper Scape, For Honor dan The Division 2.

Satu game yang sangat dinantikan ramai, semestinya game open-world Star Wars yang sedang dibangunkan Ubisoft. Kita mungkin tidak akan mendapat trailer apatah lagi gameplay dari acara ini, namun kita mungkin ada mendapat sedikit perkembangan baharu.

Mungkin pengumuman Assassin’s Creed baharu?

Apa yang korang harapkan daripada Ubisoft Forward 2021? Kongsikannya di ruangan komen.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Jangan Merungut Tiada Sekuel Kalau Tak Beli Game Pada Harga Penuh, Kata Pengarah Days Gone

Dapatkan Horizon Zero Dawn Complete Edition Secara Percuma Sekarang Di PlayStation Store