Ubisoft telah mendedahkan sebelum ini bahawa mereka akan bawakan Rainbow Six Siege ke konsol generasi akan datang, iaitu PS5 dan Xbox Series X.
Terbaru, Ubisoft telah mengesahkan bahawa konsol generasi akan datang itu akan boleh bermain online multiplayer bersama pemain di konsol generasi masakini. Bermakna, pemain PS4 dan PS5 akan boleh main bersama, serta pemain Xbox One dan Xbox Series X akan boleh main bersama.
Bercakap kepada Windows Central, pengarah game Leroy Athanassoff menyatakan pada ketika ini, Rainbow Six Siege dijadualkan akan boleh dimainkan di konsol generasi akan datang apabila masing-masing konsol itu dilancarkan pada hari pertama.
Xbox Series X telah disahkan akan boleh memainkan disk dari Xbox 360 dan Xbox asal, manakala walaupun Sony tidak berkongsi lanjut, PS5 telah disahkan akan turut menyokong backward compatibility. Maka, adakah mereka yang sudah membeli Rainbow Six Siege di konsol generasi masakini tidak perlu lagi membeli game itu untuk konsol generasi seterusnya? Itu kita masih belum ketahui.
Ubisoft turut berminat untuk menyertakan cross-play penuh antara semua jenama konsol — iaitu PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X boleh main bermain. Walau bagaimanapun, Athanassoff berkata bahawa ia bergantung kepada polisi antara dua syarikat konsol itu (Sony dan Microsoft) untuk membenarkannya kerana persiapan daripada pihak Ubisoft sudah pun tersedia.
Tapi, ini seperti bercanggah dengan apa yang dinyatakan Sony sebelum ini. Pada Oktober 2019, Sony telah mengumumkan bahawa kesemua game PS4 kini dibenarkan untuk membawakan fungsi cross-play antara konsol jenama lain — yang mana ia kini bergantung kepada pembangun game sama ada untuk menyertakan fungsi itu ataupun tidak.
Maka, di atas kertas, kita semestinya akan dapat melihat PS4-PS5-Xbox One-Xbox Series X berentap bersama apabila konsol generasi seterusnya itu dilancarkan pada penghujung tahun ini.
Athanassoff turut memberikan komen tentang sama ada cross-play akan ditampilkan antara konsol dan PC pula. Nampaknya, Ubisoft seperti tidak berminat.
“Kalau kamu mahu temukan pemain-pemain ini [konsol dan PC] untuk dapatkan matchmaking yang lebih baik, atau apa saja, dan mahu kamu dibelasah oleh pemain yang menggunakan keyboard dan mouse, terpulang kepada kamu.”
Comments
Loading…