in , , , ,

Ubisoft Umumkan Game Tom Clancy Baharu, Gameplay Penuh Tengah Malam Ini, Saksikan Video Pendek Ini Dulu

Tiada angin tiada ribut, Ubisoft secara mengejutnya mengumumkan sebuah game baharu dalam universe Tom Clancy.

Segalanya akan mereka dedahkan pada 20 Julai, 12 tengah malam (waktu Malaysia) — boleh ditonton di Youtube rasmi Ubisoft. Apa yang mereka akan dedahkan masih belum diketahui, namun ia dikhabarkan akan menunjukkan gameplay selama 40 minit.

Ubisoft sebenarnya telah menjemput beberapa media dan pencipta kandungan untuk mencuba game ini. Sebaik sahaja Ubisoft mengumumkan mengenai acara untuk tengah malam ini, mereka yang telah mencuba game ini telah memuatnaik (tentunya atas arahan Ubisoft) video gameplay yang tidak melebihi 20 saat.

Berikut ialah beberapa gameplay yang telah dimuatnaik:

Ada yang berpendapat ini merupakan pendedahan penuh The Division Heartland — game percuma (free-to-play) untuk platform PC dan konsol. Heartland dikatakan sebagai sebuah game berasingan yang tidak memerlukan pengalaman dalam siri-siri sebelum ini, tapi akan menyajikan perspektif serba baharu dalam universe itu melalui latar belakang baharu.

Mungkin juga tidak kerana ia mengatakan game ini sebagai sebuah game baharu dalam universe Tom Clancy.

Sama-sama kita nantikan pendedahan pada tengah malam ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Walau Macam Mana Pun Valve Cuba Bendung Scalper, Steam Deck Mula Dijual Di eBay Dengan Harga Melampau

Selepas Kira-Kira Sedekad, EA Umumkan Game Skate Baharu Sedang Dibangunkan

Game Skate Seterusnya Akan Umumkan Sesuatu Esok