in , ,

Ubisoft Umumkan Assassin’s Creed Rebellion, Game Strategi RPG Free-To-Play Di iOS Dan Android Akan Datang

Kita kembali ke era abad ke-15 dengan karakter-karakter comel ikonik di peranti mobile pula!

Ubisoft umumkan sebuah game mobile percuma untuk iOS dan Android, diberi nama Assassin’s Creed Rebellion. Ia merupakan sebuah game bergenre strategi RPG yang dibangunkan dengan kolaborasi rapat bersama studio Behaviour Interactive.

Korang boleh saksikan teaser trailer untuk Assassin’s Creed Rebellion yang menampilkan karakter-karakter comel ikonik di bawah:

Game ini bakal mengumpulkan sekurang-kurangnya 40 karakter Assassins yang terkenal daripada francais ini seperti Ezio, Aguilar, Shao Jun, Claudia, dan Machiavelli, termasuklah 20 karakter baru yang korang boleh unlock, direka khas untuk Assassin’s Creed Rebellion.

Antara gameplay yang bakal disajikan dalam game ini kelak adalah membina Assassin Brotherhood korang sendiri, menguruskan kubu, melancarkan misi-misi tersembunyi menentang Templars dan banyak lagi – berlatarbelakangkan era Pasitan Sepanyol (Spanish Inquisition).

Assassin’s Creed Rebellion masih lagi dalam pembangunan dan Ubisoft masih belum mengumumkan tarikh pelancaran. Ia akan dikeluarkan tidak lama lagi di iPhone, iPad, iPod Touch dan platform-platform Android.

JomBaca: Assassin’s Creed Origins: Cinematic Trailer Terbaru Paparkan Suasana Dan Aktiviti Di Era Mesir Purba Yang Penuh Misteri

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Korang Ada 7 Minit? Boleh Habiskan Game Prey Dalam 7 Minit Aje Sekarang Ni!

Metroid: Samus Returns Collector’s Edition Diumumkan – Sememangnya Menarik Bagi Peminat Siri Ini!