in , , , , ,

Ubisoft Umumkan 2 Game The Division Baru – Satu Game Percuma PC/Konsol, Satu Lagi Mobile

Kalau korang rasakan Ubisoft sudah tiada idea-idea baharu untuk francais Tom Clancy’s The Division, korang sememangnya tersilap.

Ubisoft baru sahaja mengumumkan bukan satu, tapi dua game baharu dari francais The Division.

Pertama, Ubisoft mengumumkan The Division Heartland, sebuah game percuma (free-to-play) untuk platform PC dan konsol. Heartland dikatakan sebagai sebuah game berasingan yang tidak memerlukan pengalaman dalam siri-siri sebelum ini, tapi akan menyajikan perspektif serba baharu dalam universe itu melalui latar belakang baharu.

Tidak banyak info yang didedahkan buat masa ini, selain hanya menyatakan ia berada dalam universe The Division, dibangunkan oleh studio Red Storm, dan akan dilancarkan sekitar 2021-2022.

Kedua, Ubisoft turut mengumumkan sebuah lagi game The Division, yang mana ini pula memfokuskan kepada platform mobile. Ubisoft lebih berahsia dalam pembangunan game mobile ini kerana tiada apa-apa info didedahkan. Mereka hanya mengatakan yang butiran lanjut akan dikongsikan pada masa akan datang.

Apa jangkaan korang daripada dua game baharu yang diumumkan ini? Adakah masih lagi bergenre open-world MMO, atau bakal mencuba universe The Division dalam genre yang lain?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Last of Us Remake Dilaporkan Bukan Setakat Tambahbaik Grafik, Tapi Lebih Daripada Itu

Sony Disaman Kerana Didakwa Mahu Memonopoli Pembelian Game Di PlayStation Store