in , , , ,

Ubisoft Umum Tom Clancy’s XDefiant – Game Shooter Percuma 6v6 Gabungkan Splinter Cell, Ghost Recon, Division

Seperti dijanjikan, Ubisoft telah memperlihatkan game shooter terbaharu mereka, digelar Tom Clancy’s XDefiant.

Game percuma (free-to-play) ini merupakan sebuah game shooter pandangan first-person yang menggabungkan tema, senjata, gajet, kostume dan persekitaran dari francais-francais Tom Clancy — Splinter Cell, Ghost Recon, dan The Division.

Membawakan pertarungan 6-lawan-6, ia dicanang akan memfokuskan kepada perlawanan secara realisitik dan kompetitif. Karakter dalam game ini akan dikenali sebagai Defiant, yang akan menampilkan empat faction untuk dipilih: Wolves (Tom Clancy’s Ghost Recon), Echelon (Tom Clancy’s Splinter Cell), Outcasts dan Cleaners (Tom Clancy’s The Division). Sebagai sebuah game live-service, Ubisoft akan menambah lebih banyak faction dari semasa ke semasa.

Antara mode yang sudah diumumkan setakat ini adalah Team Deathmatch, Domination, dan Escort.

Daripada apa yang didedahkan di laman web rasmi, Elemen-elemen sebelum bermulanya setiap perlawanan mengambil inspirasi daripada Counter-Strike, yang turut diikuti oleh mode Arenas dalam Apex Legends baru-baru ini.

Sebelum perlawanan bermula, pemain akan diberi pilihan untuk memilih faction mana yang ingin digunakan, kemudian barulah memilih senjata utama, senjata kedua, attachment dan satu peranti bagi melengkapkan loadout untuk dibawa bertempur. Semasa dalam perlawanan, apabila ingin respawn, pemain dibenarkan untuk menukar loadout supaya dapat mengatasi gerak permainan pihak lawan.

Tiada tarikh pelancaran diumumkan setakat ini, namun Ubisoft mengajak para pemain PC mendaftar bagi membantu mereka mendapatkan maklum balas.

Tom Clancy’s XDefiant akan dilancarkan untuk PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series, serta akan menyokong cross-play semasa pelancaran.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Selepas Kira-Kira Sedekad, EA Umumkan Game Skate Baharu Sedang Dibangunkan

Game Skate Seterusnya Akan Umumkan Sesuatu Esok

Ini Beberapa Game Online Popular Yang Tak Boleh Dimainkan Di Steam Deck, Buat Masa Ini