in , , , ,

Ubisoft Umum The Crew Motorfest Dengan Satu Trailer, Lancar Tahun Ini

Setelah beberapa laporan awal telah tertiris, Ubisoft akhirnya mengumumkan secara rasmi game ketiga dalam siri The Crew, digelar The Crew Motorfest.

Tiada tarikh tepat diumumkan, namun mereka mengatakan yang game racing terbaharu ini akan dilancarkan pada tahun 2023 untuk PC (Ubisoft Store, Epic Games Store), PS5, PS4, Xbox Series dan Xbox One.

Bersama-sama dengan pengumuman ini, sebuah teaser trailer sinematik telah diperlihatkan. Tiada sebarang paparan gameplay dikongsikan buat masa ini.

The Crew Motorfest akan menggunakan latar belakang inspirasi daripada salah satu pulau di Hawaii, yang dipanggil O’ahu.

Ubisoft juga telah membuka kepada sesiapa untuk menyertai Insider Program. Dalam program ini para pemain diberi peluang untuk cuba game ini lebih awal dan memberikan maklum balas bagi menambahbaik game tersebut.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply
  1. Your article made me suddenly realize that I am writing a thesis on gate.io. After reading your article, I have a different way of thinking, thank you. However, I still have some doubts, can you help me? Thanks.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Star Wars Jedi: Survivor Ditunda 6 Minggu, Kini Akan Dilancarkan Pada April

EA Dilaporkan Batalkan Pembangunan Game Single-Player Apex Legends/Titanfall