Setelah mengacahnya untuk beberapa hari lalu, game terbaru Tom Clancy telah diumumkan.

Ubisoft baru sahaja mendedahkan Tom Clancy’s Ghost Recon: Breakpoint, sekuel kepada Ghost Recon: Wildlands yang dikeluarkan pada tahun 2017.

Trailer sinematik telah dikeluarkan dan korang saksikannya di bawah:

Apa yang kita tahu tentang game ini setakat ini? Ia menggunakan latar belakang lokasi rekaan yang bernama Auroa Islands. Pulau ini dimiliki oleh Jace Skell, CEO untuk syarikat Skell Technology, pakar dalam penciptaan autonomous drones dan artificial intelligence.

Seperti juga dalam Wildlands, korang akan bermain sebagai Nomad, yang menjalankan kerja-kerja di belakang pengetahuan musuh bagi menghapuskan dron-dron milik Skell.

Ghost Recon: Breakpoint akan dilancarkan pada 4 Oktober 2019 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

JomKomen!