Beberapa hari ini, para peminat Assassin’s Creed sibuk berbual tentang khabar angin terbaharu mengenai francais itu.
Terkini, Ubisoft telah hadir untuk meredakan keadaan dan mengesahkan beberapa laporan tersebut.
Ubisoft secara rasminya telah mengumumkan game Assassin’s Creed seterusnya adalah berjudul Assassin’s Creed Mirage.
Dalam satu tweet, Ubisoft turut berkongsikan gambar pertama dari game itu. Kita dapat lihat protagonisnya, Basim Ibn Ishaq sedang melakukan lompatan di hadapan Istana Gerbang Emas, berlatarbelakangkan bandar Baghdad ketika zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiah.
Kepada korang yang dah main Assassin’s Creed Valhalla, pasti mengenali Basim kerana watak ini pernah muncul dalam game tersebut. Menurut beberapa laporan sebelum ini, kisah Basim ini pada asalnya dirancang untuk menjadi DLC kepada Assassin’s Creed Valhalla, namun telah dikembangkan skalanya menjadi sebuah game berasingan.
Ubisoft akan mengadakan acara khas Ubisoft Forward pada 11 September ini, jam 3 pagi (waktu Malaysia). Dalam acara ini, mereka akan turut berkongsi lanjut tentang Assassin’s Creed Mirage.
Your article helped me a lot, is there any more related content? Thanks!