in , , , , , , ,

Ubisoft Umum 6 Game Assassin’s Creed Baharu Serta Siri TV Live-Action Untuk Netflix

Tajuk di atas tidak salah. Korang bacanya dengan betul.

Dalam acara Ubisoft Forward yang diadakan hujung minggu lalu, Ubisoft telah memperlihatkan banyak game, namun yang menjadi perhatian utama adalah betapa banyaknya berita mengenai Assassin’s Creed yang didedahkan.

Ubisoft telah mengumumkan enam buah game Assassin’s Creed yang sedang dibangunkan, serta satu siri televisyen live-action juga dalam pembikinan.

Game pertama ialah Assassin’s Creed Mirage, iaitu game yang sudah diumumkan sebelum acara Ubisoft Forward bermula. Kali ini Ubisoft telah memperlihatkan trailer sinematik pertamanya.

Mirage akan menelusuri watak Basim Ibn Ishaq, iaitu watak yang pertama kali muncul dalam Assassin’s Creed Valhalla. Mirage akan bermula ketika Basim berumur 17 tahun, beberapa tahun sebelum beliau muncul dalam Valhalla. Latar belakang yang digunakan ialah kota Baghdad ketika zaman keemasan di bawah pemerintahan Kerajaan Abbasiah.

Ubisoft menggambarkan game ini sebagai action-adventure, mengesahkan laporan sebelum ini yang mengatakan elemen RPG akan dikurangkan dalam Mirage.

Assassin’s Creed Mirage akan dilancarkan untuk PC, PS5, PS4, Xbox Series dan Xbox One pada tahun 2023.

Game kedua Assassin’s Creed yang diumumkan adalah yang dipanggil dengan namakod RED (belum ada judul rasmi). Game ini merupakan flagship seterusnya selepas Mirage.

Setelah sekian lama diminta oleh para peminat, Ubisoft akhirnya akan membawa francais ini ke latar belakang Jepun (tentunya kejayaan Ghost of Tsushima sedikit sebanyak memainkan peranan). Para pemain akan menerokai zaman feudal Jepun serta fantasi-fantasi shinobi.

RED digambarkan sebagai open-world RPG, bermakna ia akan kembali membawakan elemen RPG selepas Mirage.

Game ketiga Assassin’s Creed yang diumumkan adalah yang dipanggil dengan namakod HEXE. Game ini pula adalah flagship seterusnya selepas RED.

Tidak banyak butiran yang diumumkan buat masa ini selain Ubisoft hanya berkongsikan video teaser yang amat “menyeramkan”. Walau bagaimanapun, beberapa laporan sebelum ini mengatakan yang HEXE akan menggunakan latar belakang Eropah Tengah ketika zaman Witch Trial, di mana banyak manusia yang dihukum dengan kejam kerana didakwa mengamalkan sihir.

Game keempat Assassin’s Creed yang diumumkan adalah yang dipanggil dengan namakod INFINITY. Inilah game standalone multiplayer yang sejak sekian lama sudah disebut-sebut.

Game ini akan mengumpulkan kesemua latar belakang Assassin’s Creed yang pernah dilancarkan, termasuklah RED dan HEXE. Tiada butiran lanjut dikongsikan buat masa ini.

Game kelima Assassin’s Creed yang diumumkan adalah yang dipanggil dengan namakod JADE. Ia merupakan sebuah game mobile free-to-play (percuma) AAA RPG action-adventure yang menggunakan latar belakang China purba sekitar 215 sebelum Masihi.

Game keenam Assassin’s Creed yang diumumkan adalah game mobile yang dibikin khas, dan akan dilancarkan secara eksklusif di platform Netflix Games. Tiada butiran lanjut diumumkan untuk game ini buat masa ini.

Bukan itu sahaja kolaborasi antara Ubisoft dengan Netflix. Sebuah siri tv live-action Assassin’s Creed juga diumumkan.

Tidak dilupakan juga, Ubisoft akan mengeluarkan DLC terakhir untuk Assassin’s Creed Valhalla pada tahun ini, yang digelar ‘The Last Chapter’.

Begitu banyak game dan kandungan Assassin’s Creed yang didedahkan Ubisoft pada kali ini. Mana satu yang korang paling teruja?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Marvel Baharu Diumumkan, Main Sebagai Captain America, Black Panther

EA Dedahkan Rating 23 Pemain Paling Tinggi Dalam FIFA 23