Lebih masa untuk mencantikkan lagi game-game ini.
Dalam satu kenyataan di laman web rasmi, Ubisoft telah mengumumkan tentang penundaan tarikh pelancaran untuk dua game mereka akan datang, iaitu Far Cry 5 dan The Crew 2.
Far Cry 5 kini bukan lagi akan dilancarkan pada 27 Februari 2018, tetapi akan dianjak satu bulan ke hadapan, iaitu ia kini akan keluar pada 27 Mac 2018. Kata Ubisoft, masa tambahan ini bakal digunakan oleh Ubisoft Montreal untuk memberikan beberapa peningkatan tambahan yang akan membawakan yang terbaik, pengalaman Far Cry paling bercita-cita tinggi, selari dengan visi asal pasukan itu.
The Crew 2 pula tidak lagi akan dilancarkan pada 16 Mac 2018, sebaliknya Ubisoft masih belum mengumumkan tarikh tetap pelancarannya. Mereka hanya menyatakan bahawa The Crew 2 akan dikeluarkan pada separuh pertama tahun fiskal akan datang, yang mana akan bermula pada April 2018.
Masa tambahan ini pula akan digunakan oleh Ivory Tower dalam The Crew 2 untuk mengadakan percubaan tambahan, mengumpul maklumbalas pemain, dan terus bekerja ke arah menyampaikan pengalaman perlumbaan open-world besar yang boleh memenuhi jangkaan pasukan pembangunan dan jangkaan pemain.
JomBaca: The Crew 2: Saksikan 2 Trailer Terbaru Ini
Keputusan penundaan ini, kata pengarah eksekutif worldwide studios, Christine Burgess-Quémard, adalah sedikit sebanyak dipengaruhi oleh Assassin’s Creed Origins yang mana ia telah berjaya menambat semula hati para pemain dengan penundaan game tersebut.
Kedua-dua Far Cry 5 dan The Crew 2 akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One.
Comments
Loading…