Far Cry 6 sepatutnya dilancarkan pada 18 Februari 2021, manakala Rainbow Six Quarantine pula dijadualkan dilancarkan pada 2020. Walau bagaimanapun, dalam laporan kewangan terbaharu, Ubisoft telah mengumumkan yang kedua-dua game ini telah ditunda tarikh pelancarannya.
Ubisoft tidak mendedahkan secara spesifik tarikh pelancaran baharu, namun menyatakan yang kedua-dua game first-person ini akan dilancarkan pada tahun fiskal seterusnya, iaitu antara April 2021 hingga Mac 2022.
Alasan yang diberikan atas penundaan ini adalah untuk mendapatkan potensi penuh game-game ini dalam konteks cabaran produksi yang terkesan daripada COVID-19.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di akaun Twitter rasmi Far Cry, mereka mengatakan:
“Walaupun kami tahu yang kamu semua resah untuk mendapatkan Far Cry 6, kami mahu beritahu kamu bahawa kami telah diberi lebih masa untuk membenarkan kami membikin game ini menjadi sesuatu yang kamu terinspirasi untuk main, dalam masa sama memfokuskan kepada kesihatan pasukan kami dalam konteks global yang tidak pernah berlaku sebelum ini.”
Comments
Loading…