Kalau korang merupakan pemain setia atau mengikuti perkembangan Rainbow Six Siege (R6S), pasti korang tahu tentang isu penapisan yang berlaku dalam game tersebut baru-baru ini.
Sebagai ringkasan, Ubisoft telah mengeluarkan satu kemaskini terbaru yang mengubah beberapa artwork yang kononnya bersifat ganas atau seksi dalam R6S. Antaranya, membuang lampu penari tiang, percikan-percikan darah di dinding, menukar ikon di kill log dan lain-lain.
Ia dilakukan untuk menyesuaikan standard yang perlu diikuti bagi terus mendapat kebenaran game ini dimainkan di negara China. Apa yang membuatkan para pemain marah ialah apabila perubahan ini diaplikasi kepada semua rantau di seluruh dunia, bukan untuk negara China sahaja.
Selepas menerima desakan yang cukup hebat dari para pemain R6S seluruh dunia, Ubisoft akhirnya mengambil keputusan untuk menarik semula penapisan ini. Mereka akan hanya mengeluarkan kemaskini penapisan tersebut di pasaran China, dan tidak mengganggu game ini di rantau-rantau lain di seluruh dunia. Makna kata, artwork-artwork yang “ganas/seksi” ini akan akan kembali kepada asal seperti mana sebelum perubahan penapisan itu dikeluarkan.
Penarikan semula ini akan menemui para pemain dalam kemaskini akan datang, yang mana Ubisoft masih belum umumkan tarikh tepatnya.
“Kami telah mengikuti perbualan dengan komuniti kami dengan rapat sejak beberapa minggu ini, bersama-sama dengan perbincangan dengan pasukan dalaman Ubisoft, dan kami mahu memastikan pengalaman untuk semua pemain, terutamanya mereka yang bersama dengan kami sejak permulaan, mengekalkan kesenian asal yang diniatkan pada asalnya,” kata Ubisoft.
Comments
Loading…